Cara Penjagaan & Sifat

 1) MAKANAN :

                                  Makanan kucing jenama glory cat 

Saya berikan Kontot makan makanan yang dijual di pet shop jenama Glory Cat . Ini juga merupakan makanan kesukaannya .

SIFAT :

 Sifat Kontot ialah dia tidak suka makan makanan yang lain . Dia akan makan makanan yang biasa dia makan sahaja seperti gambar rajah di atas .


2) PASIR KUCING (Tandas Kucing) :

                        Gambaran jenis pasir kucing yang saya gunakan

Saya menggunakan pasir kucing untuk Kontot selesa untuk membuang air kecil / besar . Di samping itu dapat mengelakkan daripada haiwan peliharaan membuang air besar merata - rata yang boleh menyebabkan ketidak selesaan jiran . Kebersihan juga terjaga 😁 . 


SIFAT :

Sifat Kontot ialah dia suka membuang air di pasir kucing . Walaupun dia berada di luar dia tetap ingin buang air di pasir kucing yang telah disediakan 


3) KESIHATAN :

    Gambar rajah di atas merupakan klinik haiwan 

Selaku tuan kucing , saya akan memastikan kesihatan Kontot terjaga . Apabila Kontot sakit , saya akan membawa dia ke klinik haiwan Sabak Bernam untuk memeriksa kesihatannya dan mendapatkan ubat . Kos perubatan Kontot pula berpatutan dengan harga dan perkhidmatannya yang bagus .  Sekiranya kucing kesayangan anda tidak sihat , bolehla rujuk klinik haiwan yang berdekatan untuk dapatkan rawatan .


SIFAT :
Sifat kontot apabila sakit dia akan murung dan cuba bersembunyi dari semua orang kerana mungkin tidak mahu menyusahkan tuannya. Kontot juga takut bila bertemu doktor haiwan . Walaubagaimanapun , Kesihatan Kontot tetap dijaga dengan baik 


4) SANGKAR KUCING :

                                        Gambaran sangkar Kontot

Sangkar kucing merupakan tempat Kontot untuk tidur dan rehat . Saya akan pastikan sangkarnya dalam keadaan kemas dan bersih agar Kontot selesa


SIFAT :
Secara jujurnya , Kontot tidak gemar untuk tidur di dalam sangkar . Saya akan kurungkan dia di dalam sangkar pda waktu malam sahaja kerana takut dia hilang kerana keunikan bulunya dan Kontot sejenis kucing yang manja dengan orang .


5) Kebersihan kucing :

         Gambar rajah di atas ialah shampo mandian kucing jenama Friskies

Kontot biasanya akan dimandikan menggunakan shampo mandian yang sesuai yang ada dijual di petshop / klinik haiwan . Di atas merupakan shampo mandian Kontot .


SIFAT :
Sifat Kontot ialah dia takut sangat bila mandi . Untuk mandikan dia terpaksa 2 orang pegangnya kerana dia sangat agresif apabila terkena air . Saya akan mandikan kontot setiap 2 minggu sekali .


No comments:

Post a Comment

PENEMAN SAYA

Assalamualaikum & selamat sejahtera Blog ini bertujuan untuk saya menyampaikan maklumat tentang haiwan peliharaan saya , sekaligus menyi...